Kronologi dan Sejarah Isu N21 Sungai Acheh

Perebutan Kerusi Sungai Acheh

Kronologi Sejarah Sg Acheh :-

PRU09 (1995) – DAP
PRU10 (1999) – PAS
PRU11 (2004) – PAS
PRU12 (2008) – PKR – dengan persetujuan/janji menukar suka sama suka dun sg bakap berdasarkan surat pada 5 November 2007, yg akhirnya PAS dikhianati. Hal yang sama berlaku kepada Dun Pinang Tunggal dan Teluk Bahang, yg PAS juga dikhianati.

PRU13 (2013) – PAS – menuntut kembali kerusi Sg Acheh, memandangkan sg Bakap sudah dimenangi oleh PKR.

Pesuruhjaya PAS P.Pinang mengumumkan terlebih dahulu kerusi Sg Acheh milik PAS setelah mendapat keputusan drpd perundingan di peringkat pakatan Pusat pada 10 Mac 2013 (laporan 11 Mac 2013), sebelum PKR mengumumkan terus calon pada 16 April 2013, sedangkan Pesuruhjaya PAS P.Pinang pada 11 April 2013 mengumumkan akan mengumumkan Calon PAS Negeri pada 17 April 2013.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, amat kecewa dengan tindakan Calon PKR Sg Acheh yang sengaja memburukkan PAS P.Pinang dan menuduh tanpa bukti.

Ayuh Jadikan Sungai Acheh Suara PAS di DUN P.Pinang !!

Akhirnya Roket Mendarat di bulan : TG Nik Aziz

 

KOTA BHARU: “Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

 

(Gambar…Roketkini ‏@roketkini dalam Twitternya menulis, “Roket sudah sampai ke bulan. Anda masih nak guna timbang dacing?”)

Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang.

“Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari.

“Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman,” kata Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Nik Aziz.

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP: Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini.

Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman.

Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan.

Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya.

Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain.

Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah.

Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah.

Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin.

Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All.

Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam.

Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar.

Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru.

Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M

UMNO Letak Calon Bebas di Sg Dua

(Sharif dan rakan-rakannya membuat sidang media semalam)

TASEK GELUGOR: Dua orang aktivis Umno berjanji akan menjadi calon bebas menentang calon Barisan Nasional (BN) di Dun Sungai Dua dan Teluk Air Tawar jika Umno kekalkan Shabudin Yahya sebagai calon BN Tasek Gelugor.

Mereka ialah Azmi Alang yang bakal bertanding di Dun Sungai Dua menentang calon BN, Yusof Mohd Noor dan calon PAS, Zahadi Mohamad manakala Datuk Mustaffa Idrus pula mengistiharkan diri menentang penyandang Dun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid serta Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Puan Norhayati Jaafar.

Kedua-duanya berucap membantah pencalonan BN yang meletakkan individu yang tidak bekerja untuk rakyat atau muka baru yang tidak aktif merencanakan progran tajaan Umno sebelum ini.

Menurut Azmi Alang dalam ucapanya, pucuk kepimpinan Umno Negeri seolaholah sengaja mahu mematikan karier politik Datuk Shariff Omar yang sangat berjasa pada rakyat sekitar Parlimen Tasek Gelugor.

Tidak sepatutnya, jasa dan pengorbanan Shariff dibiarkan seperti memberikan kerusi untuk Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

(Azmi [kiri] dan Datuk Mustaffa)

“Seandainya, pihak atasan Umno tidak mendengar rayuan rakyat akar umbi kami mengistiharkan perang habis habisan.

“Apa gunanya berada dalam Umno jika suara kami tidak didengari lagi.  Jika mereka masih berkeras ‘lawan tetap lawan’,” tegasnya disambut tepukan orang ramai.

Rakannya Datuk Mustaffa Idrus pula memuji sikap Datuk Ibrahim Saad yang pernah meminjam kerusi Parlimen Tasek Gelugor tetapi menyerahkan kembali dengan baik.

Namun hari ini sebaliknya berlaku kerusi yang dipinjamkan atas nasihat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diambil terus tanpa perbincangan.

Sekarang ini slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan’ sudah tidak lojik lagi kerana sudah terbalik.

“Untuk memastikan Datuk Shariff terus berada dipersada politik tanahair kami akan membantunya bertanding menentang golongan yang tidak amanah, ” ujarnya.

Kekal Pulau Pinang, Ubah Putrajaya

Kekal Pulau Pinang, Ubah Putrajaya – Ustaz Afnan Hamimi dan Ustaz Yusni Mat Piah

PAS Pulau Pinang Sedia Tumbang Gergasi Tua

PULAU PINANG:  Kesemua calon PAS yang bertanding di Pulau Pinang sedia galas tanggungjawab memastikan ‘Gergasi Tua’ yang menghantui rakyat bawahan selama ini terkubur, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar).

Baginya, selagi gergasi tua tidak dihapuskan dia akan mengacau sekali sekala memberontak tanpa ada tujuan.

Pemilihan calon kali ini sambungnya, dianggap paling terbaik kerana masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri serta sering bergelumang dengan masyarakat.

Di Dun Penaga, Rosidi Husain seorang peguam muda yang berkalibar terkenal dengan kemahiran, bijak menyusun strateji dan merangka peluang mendekati masyarakat telah dipilih.

Beliau juga dikenali sebagai Ustaz yang cergas di mana jasa besarnya ialah mewujudkan sebuah padang sukan futsal di tengah- tengah kubu kuat Umno di Kampung Guar Tuan Syed.

Di Sungai Dua, PAS meletakkan bekas guru, Cikgu Zahadi Mohd yang pernah bertugas di Sekolah Menengah Haji Abdul Kader, Kepala Batas dan kini bertindak sebagai Penyelaras Dun Sungai Dua mengantikan Allahyarham Fahmi Abdul Wahab.

Di Permatang Berangan PAS mengamanahkan kepada Arshad Saleh iaitu bekas Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Kepala Batas.

Di Permatang Pasir pula katanya, beliau diamanah oleh parti untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihanraya Kecil setelah penyandangnya Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal akibat jantung.

Di Sungai Acheh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah pula adalah tenaga muda yang berpotensi. Selain mengajar beliau juga berjaya dalam bidang pentadbiran dan pengkaderan ahli.

Di Bayan Lepas pula, PAS meletakan Cikgu Asnah Hashim (gambar) juga seorang pendidik.

Tugas akhirnya sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung kemudian bertukar ke Sekolah Kebangsaan Jelutong dan kemudianya di Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar.

Beliau yang kini masih memegang jawatan Pegawai Penyelaras Dun Bayan Lepas nyata berjaya membawa banyak perubahan di dun berkenaan termasuk menyelesaikan masalah tempatan terutamanya membabitkan perumahan dan tanah.

Di Parlimen Kepala Batas PAS meletakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden iaitu anak kepada Ahli Parlimen Baling merangkap bekas Imam Masjid Negara.

Beliau adalah Pengerusi Jawatan Generasi Pewaris Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan bergerak aktif mengajar di masjid dan surau selain terlibat dalam bidang perniagaan.

Manakala di Parlimen Tasek Gelugor, PAS meletakan seorang tokoh koporat Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Melihatkan kepada perkembangan itu Datuk Saleh berpendapat, PAS mampu buat lonjakan dan menang dengan majoriti yang lebih besar.

Mudah-mudahan kemenangan itu menambahkan lagi  kekuatan PAS berbanding hanya satu sebelum ini.