Ustaz Yusni Tanding DUN Sungai Acheh

PULAU PINANG: Tokoh korporat yang pernah memimpin kumpulan utama media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin diumumkan sebagai calon PAS di Parlimen Tasik Gelugor.

Pemilihan Abdul Rahman telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man di di perkarangan Markaz Besar PAS Pongsu Seribu sebentar tadi.

Rahman yang kini aktif membantu PAS dari segi mengujudkan imej yang baik dan mesra ekonomi dijangka bakal memberikan impak baru kepada penampilan PAS.

Beliau mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS tahun lalu selepas sekian laman membantu PAS secara belakang tabir.

Dalam pengumuman itu, Salleh memaklumkan,  PAS Negeri Pulau Pinang akan bertanding enam kerusi DUN dan dua parlimen dengan mengemukakan dua muka baru daripada kalangan pemuda.

Mereka adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri,  Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden yang bertanding di Parlimen Kepala Batas manakala Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri,  Ustaz Yusni Mat Piah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh,  Nibung Tebal.

Antara muka baru yang turut bertanding ialah Zahadi Mohd di Dun Sungai Dua dan Rosidi Husain di Penaga.

Turut bertanding ialah calon Permatang Berangan,  Arshad Saleh dan Dun Bayan Lepas, Asnah Hashim di samping Salleh sendiri yang akan mempertahankan kerusi Permatang Pasir.

Turut hadir ke program yang dipengerusikan Ketua Penerangan PAS Negeri,  Saudara Bukhori Ghazali itu ialah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Jawatankuasa Badan Perhubungannya PAS Negeri.

Pelakon Azhar Sulaiman mengaku telah murtad di facebook

PELAKON Azhar Sulaiman tanpa rasa bersalah mengaku secara terbuka bahawa dirinya telah murtad kerana menjadi ahli Umno dan menyokong Barisan Nasional melalui akaun facebook milik beliau.

Pengakuan itu dilihat untuk memerli Tuan Guru Nik Aziz yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia kononnya telah menuduh Umno murtad. Namun Tuan Guru Nik Aziz telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar milik Umno itu kerana memfitnah beliau.

Nampaknya Azhar Sulaiman yang mengaku sebagai ahli Umno terpengaruh dengan laporan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana sering melaporkan fitnah terutama berkaitan dengan isu politik.

Niat asalnya konon nak perli Tuan Guru Nik Aziz, nampaknya kali ini Azhar Sulaiman benar-benar perlu meminta pandangan ustaz berhubung kenyataan kontroversi secara terbukanya yang telah mengaku murtad di facebook.

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/pelakon-azhar-sulaiman-mengaku-telah.html#ixzz2CrsdUAke

Ulamak Umno Cuba Redakan Kemarahan Rakyat Terhadap Chua Soi Lek ?

Oleh : Ustaz Azhar Yahya
Timbalan Ketua Ulamak Pelapis  PAS Pusat

Ulamak Pelapis PAS (Pusat) merasa terpanggil untuk menyatakan pendirian terhadap kenyataan saudara Fathul Bari yang seakan-akan ingin meredakan kemarahan umat Islam terhadap kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan dengan hukum Hudud.

Merujuk kepada akhbar Sinar Harian bertarikh 5.11.2012, antara isi utama kenyataan saudara Fathul Bari adalah penegasan bahawa Datuk Seri Chua Soi Lek bukanlah mempertikaikan hukum-hukum Islam sebaliknya beliau hanyalah mempertikaikan Hudud versi PAS.

Persoalan yang ingin diutarakan adalah atas dasar dan hujah apa yang memungkinkan pihak-pihak yang terbabit membuat kenyataan bahawa Hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS adalah Hudud versi PAS dan bukannya Hudud yang disyariatkan di dalam Islam?

Chua Soi Lek, MCA Hina Islam

Chua Soi Lek menuduh bahawa 8 dari 11 negara amalkan hudud mundur dan korup. Cuba tuan-puan rujuk Indeks  Transparency International tentang rasuah.

Pada tahun 1996 – Indeks Rasuah Malaysia ialah 5.32 di tangga 26  mengatasi 3 negara Islam .
iaitu Jordan  dengan Indeks 4.89 di tangga 30; Turki dengan nilai indeks 3.54 tangga 33 dan Egypt – 2.8 tangga 41
Pada tahun 2011, Malaysia merudum di tangga 60 dengan nilai indeks 4.3 berada di bawah
dari  6 negara Islam iaitu Qatar (7.2) tangga 22; UAE (6.8) di tangga 28;  Bahrain (5.1) di tangga 46; Oman; Kuwaut; Jordan (4.5) tangga 56 dan Saudi Arabia di 57 dengan indeks 4.4.

Peserta Bersih berhak dikalungkan wira negara

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, peserta himpunan aman Bersih 2.0 semalam berhak dikalungkan wira negara.

“Saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat ingin merakamkan ucapan syabas yang tidak terhingga kepada  seluruh peserta Bersih yang hadir di Kuala Lumpur pada hari semalam,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, mereka berhak untuk dikalungkan sebagai wira negara kerana sanggup menghadirkan diri ke himpunan tersebut walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan dan rintangan.

“Kepada mereka yang bersabar dan ikhlas kepada Allah SWT terhadap segala rintangan yang dihadapi, ganjaran pahala anda Insya Allah akan tersimpan rapi di sisi Allah SWT. Segalanya pasti akan terbalas di hari akhirat kelak,” ujarnya.

Dewan Ulamak PAS Pusat juga, tegasnya yakin bahawa seluruh pendukung PAS dan Bersih tidak akan serik sama sekali untuk meneruskan perjuangan yang mulia itu.

Menurutnya, mereka pasti akan terus dahagakan ganjaran dan keredhaan Allah SWT.

Beliau juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang telah dikebumikan pagi tadi.

“Dewan Ulamak PAS senantiasa mendoakan agar Allahyarham Baharudin dihimpun dan ditempatkan dengan golongan para syuhada’.

“Kepada keluarga Allahyarham, kami ingin memberitahu bahawa Allah SWT pasti akan menganugerahkan ganjaran yang besar kepada hamba-Nya yang beriman apatah lagi telah membuktikannya melalui perbuatan, perkataan dan pendirian,” ujarnya.

 

Sumber:Harakahdaily

Anggota Unit Amal Pulau Pinang dikerah sertai Bersih 2.0

Oleh:Harakah Daily

PERMATANG PAUH, 24 Jun: Seluruh anggota Jabatan Unit Amal Negeri Pulau Pinang akan dikerahkan untuk turun padang beramai-ramai bagi menjayakan himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Ketuanya, Yusni Mat Piah, ketika dihubungi berkata, Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, akan memastikan seluruh jentera Unit Amal terlibat secara langsung bagi memastikan perjalanan himpunan tersebut dalam keadaan aman tanpa provokasi mana-mana pihak.

“Kita merencanakan himpunan ini adalah himpunan aman, tiada senjata dan tiada provokasi. Kita hanya ingin menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, mengenai hasrat sebenar rakyat yang inginkan pilihan raya yang bersih.

“Sekiranya ada provokasi, ia bukanlah dari pihak kita yang telah lama bersiap sedia untuk melaksanakan tuntutan tersebut,” katanya.

Oleh kerana itu, katanya pihak berkuasa seperti polis, mestilah memantau dan memberi kerjasama menjaga keamanan supaya himpunan itu berjalan dengan baik. Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat, turut menyeru semua golongan masyarakat yang cintakan keadilan dan ketelusan dalam pilihan raya, supaya turun padang bersama-sama bagi menjayakan himpunan itu. “Apa yang kita lakukan adalah menurut lunas undang-undang yang ada.

Kita menyuarakan hasrat terpendam kepada kerajaan sebagai rakyat dalam sebuah negara yang melaksanakan sistem demokrasi. “Demokrasi ini haruslah disokong secara total oleh polis dan pihak berkuasa. Jangan ada demokrasi terpilih atau ‘double-standard’ dalam membuat justifikasi atau pilihan,” tambahnya lagi.

 

sumber- http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3987-anggota-unit-amal-pp-dikerah-sertai-bersih-20

 

 

UMNO-GPMS-DPMPP Bacul Berdepan Pemuda Pakatan !

Sebagaimana yang telah dijadualkan hari ini 07 Mac 2010, di tapak Ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai tepat jam 8.45 malam majlis ‘DEBAT PERDANA RAKYAT 2010’ yang dianjurkan oleh Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah dimulakan. Pengerusi majlis telah meminta kesemua yang hadir untuk mendengar perdebatan yang akan dilangsungkan itu masuk memenuhi dewan. Dimulakan dengan lafaz Bismillah majlis dimulakan dan Pengerusi Majlis secara rasminya menyerahkan majlis kepada Moderator yang di bawa khas dari Selangor iaitu Tuan Haji Mohd Suhaimi Ahmad seorang usahawan yang tidak menyertai dan memihak kepada mana-mana parti politik. Selaku Moderator Tuan Haji Mohd Suhaimi telah menjemput pendebat-pendebat dari Pakatan Rakyat ,UMNO, GPMS dan juga dari DPMM Pulau Pinang.

Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah diwakili oleh Ustaz Yusni Mat Piah dari PAS, YB Rayar dari DAP dan PKR diwakili oleh Saudara Hazri Abu Bakar naik kepentas. Yang dicabar mereka iaitu Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Zahalan, Rizal Faris Mohideen Yang DiPertua DPMM Pulau Pinang dan Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung masih tidak kelihatan. Setelah melakukan panggilan kali kedua ketiga-tiga mereka yang dicabar itu masih lagi belum kelihatan, atas dasar perikemanusiaan kerana memikirkan mungkin mereka masih sibuk mengumpul banyak data-data yang membuktikan Melayu dan Islam di Pulau Pinang ditindas dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Moderator telah memberikan masa tambahan 15 minit lagi kepada mereka untuk muncul diatas pentas. Ribuan hadirin yang hadir mulai gelisah, kerana mereka telah datang untuk mendengar sendiri hujah-hujah yang beserta dengan fakta yang mengatakan bahawa Melayu dan Islam di Pulau Pinang ditindas dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Namun begitu setelah 15 minit masa tambahan diberi berlalu… mereka tetap tidak muncul termasuk Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu yang telah menyatakan kesediaannya untuk hadir. Inikah sikap sebenar Pejuang dan Pembela nasib Melayu dan Islam Pulau Pinang? Takut untuk berhadapan dengan rakyat yang kononnya dibela oleh mereka. Takut untuk mempertahankan hujah mereka selama ini. Peribahasa ada mengatakan ‘Berani kerana benar, Takut kerana salah’. Jadi kalau mereka merasakan diri mereka benar mereka pasti muncul diatas pentas yang disediakan.. nyatalah juga kini kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan hanyalah hujah-hujah kosong yang tiada sokongan sebarang data hanya auta semata-mata. Hujah-hujah kosong yang dikeluarkan dengan niat untuk memburuk-burukkan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telah dipilih oleh rakyat.. Apakah kita perlu Pejuang Bangsa seperti ini? Pejuang Bangsa yang yang hanya berani berbicara dihadapan media yang dikuasai mereka tetapi takut untuk berhadapan dengan bangsa yang kononnya diperjuangkan mereka. Perlukah kita ada Pejuang Bangsa seperti ini? Kalau bangsa yang diperjuangkan mereka sendiri mereka takut untuk menghadapinya.. perlukah mereka mengaku bahawa mereka itu pejuang bangsa ? Nyatalah kini sikap mereka itu umpama ayam jantan yang kokoknya berderai-derai tapi ekornya bergelumang najis…

Pemuda PR Pulau Pinang Cabar UMNO,GPMS&DPMPP Debat

pemuda PR sedang menyerahkan surat cabar debat kepada SUK pemuda UMNO

pemuda PR sedang menyerahkan surat cabar debat kepada SUK pemuda UMNO

PULAU PINANG, 22 Feb – Pemuda Pakatan Rakyat membidas Umno kerana menabur memfitnah kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menindas orang Melayu serta meminggirkan Islam padahal selama 50 tahun memerintah parti itulah sebenarnya yang mengamalkan diskriminasi dan penindasan terhadap rakyat.

Bagi memberi penjelasan dan kedudukan sebenar isu yang dibangkitkan Umno kepada rakyat satu Debat Perdana Rakyat akan dianjurkan oleh Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran” pada 7 Mac di tapak Expo Seberang Jaya.

Hari ini wakil Pemuda Pakatan Rakyat menyampaikan surat jemputan kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahlan dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang Rizal Faris Mohideen.

Delegasi terdiri daripada Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang Amir Ghazali, Setiausaha AMK Syed Mikael Rizal Aidid, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah dan Ketua Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang Yeoh Soon Hin.

Syed Mikael berkata media cetak dan elektronik milik Umno dan Barisan Nasional sejak kebelakangan ini sering melaporkan kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menindas golongan Bumiputera di negeri itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng bagaimanapun menyangkal dakwaan tidak berasas itu dan mencabar Umno supaya tampil dengan bukti.

“Bagi memberi maklumat yang tepat dan merungkai semua tuduhan yang tidak berasas itu debat adalah platform terbaik agar rakyat dapat menilai siapakah sebenar pembela rakyat dan siapakah sebenarnya penipu, pemfitnah dan cuba memecah-belahkan masyarakat di Pulau Pinang,” kata Syed Mikael.

Pemuda Pakatan Rakyat memberi tempoh sehingga 3 Mac untuk Umno dan DPMPP membuat keputusan sama bersetuju menyertai debat terbuka itu.

Debat itu akan menampilkan tiga pendebat mewakili Umno, Gabungan Pelajar Melayu Se-Malaysia (GPMS) dan DPMPP serta tiga wakil dari Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Sementara itu Yeoh Soon Hin berkata walaupun debat ini membincangkan isu Islam dan Melayu di Pulau Pinang namun ia lebih merupakan isu berkepentingan awam.

“Kita perlu mempertahankan kebenaran dan keadilan serta menolak fitnah kerana fitnah dianggap antara 70 dosa besar dalam Islam,” kata Soon Hin.