Tag Archive | Manek Urai

Tahniah & Syabas kepada Para Petugas MU!

 

Assalamualaikum w.b.t,

        Tahniah dan syabas diucapkan kepada sekalian para petugas di Manek Urai yang telah berusaha serta meletakkan awlawiyyat yang tinggi bagi kemenangan Islam yang diwakili oleh Parti Islam Semalaysia (PAS), terutama sekali kepada para petugas dari Pulau Pinang yang ditugaskan di Sungai Perial.

        Sekalipu diasak dengan berbagai-bagai dugaan, kalian dapat melaksanakan tugas dengan baik, dan hari ini telah menyaksikan bahawa Manek Urai sekali lagi menjadi milik PAS bersama dengan Pakatan Rakyat.