Archive | Aktiviti Pemuda RSS for this section

AYUH HIDUPKAN SYIAR NABI IBRAHIM !

JOM SERTAI KORBAN PERDANA

JOM SERTAI KORBAN PERDANA

SECANGKIR BAHASA SEMANIS KATA

Aidil Adha merupakan hari raya kedua bagi umat Islam selepas Aidil Fitri. Seperti yang kita sedia maklum, pada Hari Raya Aidil Adha, umat Islam dituntut untuk  melaksanakan ibadah korban. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

Daripada Aisyah radhiAllahu ‘anha, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Tidak ada amalan anak adam (manusia) di hari ‘nahar’ (hari raya haji) yang paling disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Ternakan yang dikorbankan itu akan datang kepada mereka yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan asalnya, iaitu lengkap dengan tanduknya, bulunya, kukunya, darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Allah sebelum ia jatuh ke bumi (iaitu pahalanya disegerakan Allah). Maka dengan sebab itu, hendaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri kamu sendiri.”

Ibadah korban terselit banyak hikmah yang tersembunyi. Selain mendapat pahala, ia juga bertujuan meringankan bebanan fakir miskin dan orang yang kurang bernasib baik kerana golongan ini akan mendapat bahagian-bahagian daripada sembelihan tersebut.  Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan (iaitu hari raya haji dan hari-hari tasyriq iaitu 10,11,12,dan 13 Zulhijjah) atas rezki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (surah al-Hajj 22 : 28)

Dengan anugerah Aidil Adha ini juga, akan memberikan kegembiraan serta mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan umat Islam. Justeru Dewan Pemuda PAS negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif mengadakan Program Ibadah Korban Perdana 1430 H bagi merealisasikan tujuan-tujuan murni tersebut.

OBJEKTIF

  • Membuka ruang untuk masyarakat menyertai ibadah korban berskala besar
  • Mengerat serta mengukuhkan ukhwah DPPNPP dengan masyarakat
  • Medan untuk menyampaikan fikrah Islam kepada masyarakat
  • Membudayakan ibadah dalam kalangan masyarakat

ATURCARA

8.00 pagi           | berkumpul

8.30 pagi           | ucapan Pengarah

8.40 pagi           | ucapan Perasmi

8.50 pagi           | menyembelih dan melapah

10.30 pagi        | aktiviti memasak

12.00 t/hari       | kenduri

4.00 petang       | mengagih daging

8.30 malam       | solat isya berjemaah

9.30 malam | ceramah perdana

JAWTANKUASA

Pengarah

Ust Mohd Yusni Mat Piah

Timbalan Pengarah

Ust Zakaria Hamzah

Timb Pengarah 2

Mohd Ridhuan Ramli

Setiausaha

Ustaz Afnan Hamimi

Penolong Setiausaha

Mohd Akmal Abdul Aziz

Bendahari

Sdr. Zamadi Omar

AJK

Exco-exco Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

PERHATIAN !

1 BAHAGIAN — RM 350

PESERTA KORBAN AKAN MENDAPAT 2 KG SETIAP ORANG

Sebarang pertanyaan/ keterangan lanjut hubungi:

Pengarah:

Ustaz Mohd Yusni  019-4500660

Setiausaha:

Ustaz Afnan Hamimi 019-4146866

Bendahari:

Sdr. Zamadi Omar 019-4467922

DPPN Pulau Pinang Ziarah Adik Yahya bin Zakaria

Menghulurkan Sumbangan kepada Keluarga Ust Zakaria Hamzah

Menghulurkan Sumbangan kepada Keluarga Ust Zakaria Hamzah

Saya mengucapkan Takziah kepada adik Yahya bin Zakaria , anak ke-2 kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh sekeluarga, di atas musibah yang menimpa.
Insiden Adik Yahya yang terjatuh dari tingkat tiga menyayat hati para guru & staf SRIBU serta exco DPPN.
Walaupun telah terjatuh dari bangunan tiga tingkat tersebut, dengan izin Allah Adik Yahya tidak mengalami kecederaan yang parah.
Pada ketika lawatan exco DPPN Sabtu lalu, Adik Yahya baru sahaja menjalani pembedahan untuk memasukkan nikel untuk menyokong tulang paha kirinya yang patah.
Hasil daripada lawatan tersebut juga mendapati Adik Yahya turut mengalami kecederaan ringan serta lebam di bahagian muka dan mata.
Melihat keadaan kaki yang baru dibedah

Melihat keadaan kaki yang baru dibedah

Berbual dengan Adik Yahya. Ibu sentiasa bersama Adik Yahya menjaganya. Semoga Adik Yahya mengingati tiap saat ibu disisi menjaga keperluanmu.

Berbual dengan Adik Yahya. Ibu sentiasa bersama Adik Yahya. Semoga Adik Yahya mengingati tiap saat ibu disisi menjaga keperluanmu.

Sedikit sumbangan dari DPPN juga telah disampaikan kepada Ust Zakaria dalam lawatan tersebut.
InsyaAllah, saya mendoakan Adik Yahya cepat sembuh serta dapat meneruskan persekolahan tak lama lagi.

Tahniah dan Terima Kasih Kepada Semua

Salam Perjuangan

FRU

Sekalung tahniah diucapkan kepada sekalian petugas unit amal serta pimpinan Dewan Pemuda PAS negeri serta pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan dan cawangan serta sekalian rakyat yang prihatin di atas kejayaan ceramah semalam. Keadaan semalam membuka mata masyarakat setempat akan kebiadaban polis di depan mata mereka sendiri.

Ust Yusni

Ia juga menunjukkan ketidakcerdikan polis yang tidak berjaya memadamkan suara rakyat. Diharap contoh sebegini berulang lagi. Jumpa lagi pasda 1 Ogos nanti.

Bersama membolisasi Rakyat

Kita berjumpa pada 1 Ogos 2009 di KL.

TAKBIR

Karnival Makan Durian

BAYAN LEPAS, 19 Jun (Hrkh) – PAS Cawangan Matahari Naik, Bayan Lepas mempelawa rakyat sekitar Parlimen Balik Pulau menyertai ‘Karnival Makan Durian’ yang bakal diadakan pada 28 Jun ini di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu, Bayan Lepas bermula jam 9.30 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Pengerusi Publisiti program berkenaan, Zolkifli Lazim berkata, antara tujuan utama program ialah merakyatkan PAS serta tingkatkan perhubungan antara kaum di negeri ini selain mempereratkan tali siratul rahim sesama ahli cawangan.

Program itu dikenakan bayaran RM30.00 satu keluarga yang ingin merasai kenikmatan buah durian Balik Pulau yang segar.

“PAS Cawangan Matahari Naik akan adakan program Karnival Makan Durian dan kesempatan itu menjemput semua rakyat untuk bersama meraikanya. Selain menikmati buah durian yang segar rakyat juga dapat mengenali PAS secara dekat, ” tambahnya.

Langkah ini sambung Zolkifli, merupakan usaha terbaru cawangan untuk meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap PAS yang hampir-hampir mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) menerusi calon wanita tunggal, Cikgu Asnah Hashim.

Beliau yakin pada pilihan raya umum akan datang sokongan rakyat pada PAS akan meningkat setelah PAS berjaya melebarkan sayap Kelab Penyokong PAS ke tahap membanggakan.

“Sokongan rakyat makin meningkat pada Pakatan Rakyat. Itulah yang membuatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) umpama cacing kepanasan sekarang ini, ” tegasnya. – mks. _