Chua Soi Lek, MCA Hina Islam

Chua Soi Lek menuduh bahawa 8 dari 11 negara amalkan hudud mundur dan korup. Cuba tuan-puan rujuk Indeks  Transparency International tentang rasuah.

Pada tahun 1996 – Indeks Rasuah Malaysia ialah 5.32 di tangga 26  mengatasi 3 negara Islam .
iaitu Jordan  dengan Indeks 4.89 di tangga 30; Turki dengan nilai indeks 3.54 tangga 33 dan Egypt – 2.8 tangga 41
Pada tahun 2011, Malaysia merudum di tangga 60 dengan nilai indeks 4.3 berada di bawah
dari  6 negara Islam iaitu Qatar (7.2) tangga 22; UAE (6.8) di tangga 28;  Bahrain (5.1) di tangga 46; Oman; Kuwaut; Jordan (4.5) tangga 56 dan Saudi Arabia di 57 dengan indeks 4.4.
Walaupun Malaysia tidak mengamalkan hudud dan hukum Islam ternyata Malaysia berada jauh di belakang negara-negara Islam yang lain seperti di atas.
Jadi hujah Soi Lek bahawa mengamalkan hudud dan hukum Islam menyebabkan negara mundur dan korup adalah bohong dan berniat jahat. Malaysia yang mengamalkan undang-undang sekular jelas RASUAH BERLELUASA lebih teruk dari 6 negara Islam yang lain.
Selain itu Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Heng Sieng Kie menuduh Tok Guru menggalakkan orang Islam merogol orang bukan Islam. Ini adalah tuduhan yang amat berat dan fitnah besar. Kita ingin bertanya kepada Heng berapa ramai wanita bukan Islam telah dirogol di Kelantan, apa bezanya dengan negeri lain kalau benar Tok Guru menghalalkan rogol kepada orang bukan Islam.
Angka di bawah adalah statistik bilangan kes rogol bagi setiap 100,000 orang rakyat:
Pulau Pinang – 4.8 kes bagi 100,000 rakyat
Sarawak – 5.1 kes bagi 100,000 rakyat
Sabah – 5.3 kes bagi 100,000 rakyat
Pahang – 5.9 kes
KELANTAN – 6.0 kes
Perak – 6.6 kes
Kuala Lumpur – 7.1 kes
Selangor – 7.8 kes
Johor
MELAKA – 10.9 kes.
Perlis
Ternyata kes rogol di Kelantan tidaklah berada di paras paling teruk berbanding Perlis, Melaka, Johor dan lain-lain.
JADI DUA HUJAH DI ATAS SUDAH CUKUP MENJAWAB TUDUHAN DAN FITNAH SOI LEK & HENG SIENG KIE.
sumber : mutaligat.blogspot.com
Advertisements

About ustazyusni

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: