AYUH SELAMATKAN REMAJA KITA…!!!

Gejala Sosial Makin Membelenggu Kehidupan Anak Muda Kita... Ayuh Bertindak Bersama DPPNPP !!!

Remaja merupakan aset berharga negara. Ini kerana remaja merupakan pewaris bangsa dan pelapis kepimpinan negara. Namun remaja yang kecundang agamanya tidak akan sekali-kali mampu untuk bersinar sebagai aset negara.

Rata-rata remaja pada hari ini, sudah menanggalkan pakaian akhlak daripada diri mereka. Ini terbukti dengan meningkatnya aktiviti juvana dan gejala sosial yang makin meruncing akhir-akhir ini. Saban hari di dada akhbar dan kaca televisyen tidak terlepas daripada diisi dengan pelbagai berita berkenaan aktiviti juvana dan gejala sosial seperti meragut, merogol, membunuh dan sebagainya.

Justeru pelbagai pihak harus membuka mata dalam mencari penyelesaian kepada isu ini. PAS sebagai jemaah yang menitikberatkan aspek dakwah juga tidak terlepas daripada memikul tanggungjawab ini. Oleh itu, sempena tahun baru 2010 ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang akan menjalankan sebuah operasi cegah gejala sosial ini.

Operasi yang dinamakan OPS KASIH REMAJA DPPNPP sempena tahun baru 2010 ini telah disusunatur di dua lokasi. Lokasi pertama ialah di Pantai Seagate dan lokasi kedua ialah di Padang Kota Lama. Operasi dimulakan seawal pukul 7 malam dengan berkumpul di dua buah masjid iaitu Masjid Sungai Nibong dan Masjid Kelawai Baru.

Semoga usaha kecil ini mendapat pertolongan dan keberkatan daripada Allah dan perjalanan OPS KASIH REMAJA ini akan berlangsung dengan lancar.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 DENGAN AKTIVITI YANG BERMANFAAT DAN DIREDHAI OLEH ALLAH…

Advertisements

About ustazyusni

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: