Pelancaran JOM USRAH : Tahniah DPPK Nibong Tebal

31 Oktober 2009 Nibong Tebal, Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Nibong Tebal adalah antara DPPK yang terawal melancarkan projek ‘Jom Usrah’ setelah ianya dilancarkan diperingkat negeri pada 16 Ogos 2009 yang lalu oleh Ust Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program penuh bersejarah itu diadakan di Dewan Serbaguna Sg Bakap, telah rasmikan oleh Y.Bhg Ust Mohd Yusni b Md Piah (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang) selain turut dihadiri oleh Sdr Helmi Harun selaku Ketua DPPK Nibong Tebal merangkap Timb. Ketua Pemuda Negeri P.Pinang dan pihak JTLK yang diwakili Pengarahnya sendiri Ust Mohd Raduan Ramli & Ust Afnan Hamimi Taib Azamudden selaku Timb. Pengarah.

Program yang dipengerusikan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPPK Nibong Tebal Ust Zulazhar itu dihadiri oleh lebih kurang 30 orang wakil pemuda-pemuda cawangan seluruh Nibong Tebal.

Diakhir majlis tersebut, setiap wakil pemuda cawangan telah diserahkan Kit Jom Usrah sebagai simbolik pelancaran tersebut.

Semoga dengan pelancaran ini, program-program usrah & tarbiyah akan dipergiatkan lagi di peringkat kawasan.

Pihak JTLK mengucpkan tahniah kepada Lajnah Tarbiyah DPPK Nibong Tebal kerana telah berjaya menganjurkan program penuh bermakna ini. Mudah-mudahan ianya dinilai disisi Allah swt.

Ust Zulazhar selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPPK Nibong Tebal sedang mempengerusikan majlis.

Ust Yusni sedang memotong riben streamer Jom Usrah sebagai gimik pelancaran sambil diperhatikan oleh YDP PAS Kawasan Nibong Tebal & Ust Raduan.

Penyerahan Kit Jom Usrah kepada wakil pemuda cawangan.

Advertisements

About ustazyusni

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: