Mukhaiyam Pemuda 2009 – Tahniah Kepada Jabatan Tarbiah dan Latihan Kepimpinan DPPNPP

Sebuah perkhemahan telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Tarbiah dan Latihan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang. Kem bagi mencetuskan kesedaran peserta terhadap Islam, jemaah dan dakwah ini telah diadakan di Lata Daun, Sungai Tengas, Kulim Bandar Bharu, Kedah pada 25-27 Disember 2009 yang lepas. Sasaran peserta pada kali ini yang terdiri daripada pemuda PAS yang komited hadir seramai 53 orang. 4 orang urusetia telah berjaya menunaikan amanah mereka dalam mukhaiyyam tersebut.

Kem ini bukan sahaja mengemukakan teori-teori di dalam pembentangan kertas kerja, akan tetapi pengalaman berharga daripada para pembentang kertas kerja menjadikan peserta lebih matang dalam menilai sesebuah teori. Bermula dengan pembentangan daripada YB Ust Hj. Hashim Jasin iaitu Pesuruhjaya PAS Perlis merangkap Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, diikuti pula dengan Ust Azman Shafawi Abdul Rani iaitu Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan yang terakhir daripada YB Ust Yaakob Hussain. Kesemua mereka berkongsi pengalaman perjuangan mereka yang cukup berharga dengan para peserta.

Selain daripada pembentangan kertas kerja, aktiviti-aktiviti lasak dan menarik juga menjadi santapan para peserta. Perlawanan BOLA API menyaksikan beberapa kaki peserta termasuk bulu kaki mereka terbakar. Situasi ini menjadikan suasana gamat dengan tepukn dan sorakan peserta-peserta lain yang menjadi penonton. Selain itu, aktiviti COMBAT WAR iaitu peperangan berstrategi amat menguji minda para peserta. Agenda utama peperangan menggunakan bom air dan kubu ini ialah menguji tahap wala’ dikalangan peserta. Seorang pemberontak dalam peperangan ini sengaja diwujudkan bagi meragut wala’ daripada sanubari para peserta. Kebanyakan peserta yang terpengaruh dengan ‘si pemberontak’ serta merta telah menanggalkan baju wala’ ini dan mengikut kata ‘si pemberontak’. Para peserta akhirnya dijelaskan dengan konsep wala’ yang sebenar. Selain itu, tidak ketinggalan aktiviti yang tidak kurang juga cabarannya iaitu Jungle Treaking. Cerunan bukit 45 darjah benar-benar menguji fizikal serta mental para peserta. Namun apabila tiba di puncak bukit, segala penat lelah para peserta terlangsai dengan suasana pemandangan yang cukup indah di atas batu hamparan yang mengalir air dari puncak bukit yang sangat memukau pandangan mata.

Harapan terakhir daripada pihak penganjur agar Mukhaiyyam Pemuda 2009 ini mampu merealisasikan matlamat dan objektif untuk melahirkan kepimpinan pemuda yang lahir dari acuan tarbiyah PAS tulen dan sebenar sebagai generasi pelapis kepimpinan jamaah akan datang.

pemuda-pemuda berkalong sorban

pemuda-pemuda berkalong sorban

kuliah subuh yg diampaikan oleh saya

kuliah subuh yg diampaikan oleh saya

mari melakar panji !

mari melakar panji !

pemuda-pemuda berani mengelecek bola api

pemuda-pemuda berani mengelecek bola api

junggle trip...menikmati ciptaan ilahi

junggle trip...menikmati ciptaan ilahi

Advertisements

About ustazyusni

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

2 responses to “Mukhaiyam Pemuda 2009 – Tahniah Kepada Jabatan Tarbiah dan Latihan Kepimpinan DPPNPP”

  1. Abu DamyaQays says :

    Tahniah semuanya…!! terasa terkilan x dapat pi kerana ada tugas yang lebih penting..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: