D.P.P.N.P.P. BERSEMUKA POLIS ATAS ISU J.A.G DAN S.I.S.

ditemuramah wartawan setelah membuat laporan polis

ditemuramah wartawan setelah membuat laporan polis

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYANYANG.

SAYA MOHD YUSNI BIN MAT PIAH NO KAD PENGENALAN 740405-02-5091 SELAKU KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG BAGI MEWAKILI DEWAN PEMUDA PAS NEGERI INGIN MEMBUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG TINDAKAN BIADAB SEBUAH BADAN YANG DI KENALI SEBAGAI KUMPULAN TINDAKAN BERSAMA UNTUK PERSAMAAN JANTINA ( JAG ) YANG DI ANGGOTAI OLEH BADAN-BADAN NGO TERUTAMANYA SISTERS IN ISLAM (SIS). MELALUI KENYATAAN MEDIA YANG DI BUAT SISTERS IN ISLAM (SIS) YANG DI MUATKAN DALAM LAMAN WEBNYA YANG BERTAJUK HENTIKAN SEBATAN KE ATAS KARTIKA YANG BERTARIKH PADA 30 SEPTEMBER 2009 DAN YANG TERKINI KENYATAAN MEDIA OLEH PENGARAH EKSEKUTIF SISTERS IN ISLAM (SIS) DR HAMIDAH MARICAN YANG BERTAJUK PERMOHONAN SEMAKAN SIS TERHADAP KES KARTIKA TIDAK DITERIMA OLEH PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH KUANTAN BERTARIKH 03 OKTOBER 2009,YANG TELAH MENFAIL PEMOHONAN SEMAKAN DAN PENANGUHAN HUKUMAN SEBAT KEATAS KARTIKA DEWII SUKARNO  SERTA MEMINTA KERAJAAN UNTUK MEMASUHKANKAN HUKUMAN SYARIAH DI DALAM NEGARA INI AMATLAH TIDAK WAJAR DAN DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI BERNIAT JAHAT . JELAS TINDAKAN JAG DAN SIS MEMPUNYAI AGENDA TERSEMBUNYI UNTUK MENYEKAT SEBARANG HUKUMAN JENAYAH BERLANDASKAN SYARIAH DIKUATKUASA DI NEGARA INI.

INI KERANA TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH KUMPULAN INI AKAN MENIMBULKAN PROVOKASI DAN RASA TIDAK PUAS HATI DI KALANGAN RAKYAT DAN SETERUSNYA AKAN MENYEBABKAN SUASANA NEGARA MENJADI TIDAK AMAN. JUSTERU ITU, DENGAN RASA TANGGUNGJAWAB UNTUK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA YANG DIKENALI SEBAGAI NEGARA ISLAM , DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG MEMBANTAH KERAS NIAT KUMPULAN INI KERANA IANYA MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH SWT SEBAGAI MANA FIRMANYA YANG BERMAKSUD :-

“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)” – Surah Al- israa’- QS 17:58)

SEJURUS DENGAN ITU KAMI DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG MEMBANTAH TINDAKAN KUMPULAN-KUMPULAN TERSEBUT,  SEBAGAI MENGHORMATI AGAMA ISLAM DAN PERUNDANGAN ISLAM DI NEGARA INI. OLEH ITU  KAMI MEMBANTAH NIAT KUMPULAN INI KERANA:-

1.    KUASA HAL EHWAL AGAMA ISLAM DI PAYUNGI OLEH DULI YANG MAHA MULIA YANG DI PERTUA AGONG. NGO TERBABIT TIDAK MEMPUNYAI HAK UNTUK MENGANGGU GUGAT DAN MENYEKAT PERLASAKNAAN HUKUMAN YANG TELAH DI PUTUSKAN OLEH MAHKAMAH SYARIAH.

2.    UNDANG-UNDANG SYARIAH AKAN TERUS DI PERTIKAI OLEH NGO-NGO YANG TIDAK BERTANGONGJAWAB DAN KESAN KEPADA TINDAKAN INI DIMANA MAHKAMAH SYARIAH AKAN TERUS DITEMPLAK OLEH KUMPULAN-KUMPULAN MUSUH ISLAM YANG SUDAH PASTINYA AKAN MENCEMARKAN KESUCIAN ISLAM DIDALAM NEGERA INI.

3.    BOLEH MENIMBUL KEMARAHAN UMAT ISLAM DIDALAM NEGARA INI DAN TIMBUL RASA KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP NGO TERBABIT . INI  SUDAH PASTI AKAN  MENIMBULKAN PERMUSUHAN  YANG MENGAKIBATKAN NEGARA BERADA DALAM KEADAAN TIDAK STABIL DAN AMAN.

4.    MEMBERI ANCAMAN TERHADAP NEGARA TERUTAMANYA DALAM SOAL UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN SECARA TIDAK LANSUNG MENCABAR KESUCIAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI.

5.    MENGUNDANG PELBAGAI PERSEPSI YANG NEGATIF ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP ISLAM DALAM PERUNDANGAN-PERUNDANGAN ISLAM  DI MANA IANYA SUDAH PASTI MENGUNDANG KEKELIRUAN  DAN MENJEJAS KESUCIAN AGAMA ISLAM DI DALAM NEGARA.

6.    MENPUNYAI AGENDA TERSEMBUNYI DAN NIAT JAHAT TERHADAP KESUCIAN ISLAM DAN JELAS PERBUATAN INI ADALAH  PENGHINAAN TERHADAP  ISLAM DAN UMAT ISLAM DIDALAM NEGARA INI.

7.    JELAS PERBUATAN INI BERTENTANGAN DENGAN KITAB SUCI ALLAH (AL-QURAN) DAN SUNNAH RASULULLAH  S.A.W. DAN SUDAH PASTI MENGUNDANG KEMURKAAN DAN BALA DARI ALAH S.W.T.

8.    PENGHINAAN TERHADAP MAHKAMAH SYARIAH DAN PERLEMBAGAAN NEGARA YANG MELETAKAN STATUS ISLAM ADALAH SEBAGAI  “AGAMA RASMI”

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG MENDESAK AGAR PIHAK KERAJAAN DAN PIHAK BERKUASA TERUTAMANYA PIHAK POLIS UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN  SEGERA SEPERTI  BERIKUT:

1)    MEMBUKA KERTAS SIASATAN TERHADAP ORGANISAI JAG, SIS DAN KUMPULANYA  DAN DISUSULI TINDAKAN SEGERA MELALUI PROSES UNDANG-UNDANG DAN TINDAKAN-TINDAKAN LAIN YANG SEWAJAR DENGANYA.

2)    MENGHARAMKAN PERTUBUHAN TERSEBUT.

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :-

“Taa, Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Surah Taha – QS : 20: 1-3)

SEKIAN, LAPORAN DARI SAYA

MOHD YUSNI BIN MAT PIAH
KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG

Advertisements

About ustazyusni

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: