Tindakan Ratusan Polis Halang Ceramah GMI dikesali

 

Polis sengaja menghalang ceramah pada malam itu

Polis sengaja menghalang ceramah pada malam itu

 

PERMATANG PAUH, 26 Julai (Hrkh) – Ceramah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan Padang Awam Taman Guar Perahu, Penanti semalam dihalang ratusan pasukan keselamatan tanpa sebarang alasan kukuh.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dalam kenyataannya pada Harakahdaily menambah, kedatangan pasukan keselamatan itu memang diduga kerana permohonan untuk mendapatkan permit tidak diperdulikan bahkan sengaja memberi jawapan lewat dengan harapan menyusahkan pihak penganjur.

Polis-polis ini hadir sebelum maghrib lagi

Polis-polis ini hadir sebelum maghrib lagi

Walaupun ceramah di padang awam dibatalkan namun penganjur berjaya mengadakan ceramah berkenaan di rumah ahli PAS berhampiran padang berkenaan.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah mengantar permohonan tetapi tidak mendapat jawapan sehinggalah dua hari lepas pihak keselamatan memanggil dan memberitahu permit tidak boleh dikeluarkan atas alasan orang atasan, ” jelasnya.

 

Harakahdaily yang berada dilokasi mendapati pasukan polis dan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dikejarkan ke situ sejak Maghrib tambahan lagi anggota tidak beruniform berada sejak petang lagi.

Enam buah trak termasuk sebuah ‘water cannon’ turut diarahkan ke situ bagi menghalang sekiranya penganjur meneruskan aktiviti mengajak rakyat ke Perhimpunan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini.

Selepas perbincangan dengan pihak polis akhirnya mereka membenarkan ceramah berkenaan diadakan di kawasan rumah yang sempit. – mks._

sumber harakahdaily.net-Sabri Said

Advertisements

About ustazyusni

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: