Jom turun ke Himpunan Mansuhkan I.S.A!

     untitled2

     1) Himpunan & Ceramah Mansuhkan I.S.A peringkat Pulau Pinang pada tanggal 25 Julai 2009, bertempat di Padang Awan Taman Guar Perahu, jam 9.30 malam.  Penceramah: Tn. Hj. Mohamad Sabu (AJK PAS Pusat), YB Senator Yusof Husin (Senator Kerajaan Negeri Kedah), YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang), YB Dr. Mansor Osman (Timb. Ketua Menteri 1).

     2) Himpunan Mansuhkan I.S.A peringkat Pusat pada tanggal 1 Ogos 2009, di Kuala Lumpur, jam 2 petang.

     Saya menyeru kesemua Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan supaya mengerahkan sekalian ahli, pemuda serta masyarakat untuk sama-sama turun ke kedua-dua tarikh penting ini, sebagai satu usaha menentang KEZALIMAN akta I.S.A. yang sehingga kini dipertahankan oleh kerajaan persekutuan. 

Surah Huud-Ayat 113

 

 

Surah Hud (Ayat 113)

Maksudnya: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

Undang-undang yang telah menzalimi mangsa-mangsa I.S.A, mengugurkan air mata sengsara keluarga mereka, serta tangisan anak-anak kecil mereka, menjadi tanggunggjawab untuk sama-sama kita sanggah. Dengan himpunan inilah kita menyuarakan kebencian ke atas akta drakonian ini.

     Saya sendiri sebagai anak mangsa I.S.A, tidak dapat melupai bagaimana zalimnya akta ini yang telah memisahkan kami sekeluarga, kasih sayang ayahanda dan putera-puterinya, serta suami isteri. Walaupun penahanannya tidaklah sampai 2 tahun berikutan gelombang kemaharahan rakyat dalam tragedi berdarah Kampung Memali pada tanggal 19 November 1985. Ayahanda  salah seorang pejuang yang terlibat dalam peristiwa tersebut telah mengalami kecederaan parah hasil tembakan 14 das tembakan peluru M16 yang mengenai seluruh tubuhnya. Selepas terlantar selama 3 bulan di hospital, ayahanda terus ditahan di bawah akta I.S.A. bersama mangsa-mangsa Memali yang lain termasuk Mohd Yusof  Husin yang sekarang ini menjadi Senator Kerajaan Negeri Kedah.

     Sudah nyata dalam ayat Allah S.W.T, andai kita menyokong atau sekadar berpeluk tubuh tanpa menyanggah kezaliman ini, maka kelak api nerakalah yang memamah tubuh kita.

 

     Ayuh para pemuda kawasan & cawangan, yang gagah & berani, sahutlah cabaran perjuangan ini, kerahkan tenaga, korbankan wang, harta serta jiwa-jiwa kalian, menuju ke kedua-dua himpunan ini untuk menentang kemungkaran dan kezaliman.

JANGAN BIARKAN AKTA INI TERUS WUJUD & DIMANIPULASIKAN OLEH PEMERINTAH UMNO/BN UNTUK KEPENTINGAN MEMELIHARA KESINAMBUNGAN POLITIK MEREKA!

Advertisements

Tags: , , , ,

About ustazyusni

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: