DPPNPP ucap tahniah kepada Dr Mansor

PERRMATANG PAUH, 3 Jun (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) mengucap tahniah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dr Mansor Othman kerana berjaya memikat pengundi sehingga memperolehi majoriti lebih besar berbanding penyandangnya sebelum ini, Mohamad Fairus Khairudin.

Ketuanya, Ustaz Yusni Mat Piah ketika menghubungi Harakahdaily pagi semalam memohon Adun baru itu melaksanakan tugasan dengan baik dan sempurna agar masyarakat lebih didekati. Bukan itu sahaja bahkan dapat pula mengotakan 11 piagam yang telah dibentangkan ketika pilihanraya kecil pada 31 Mei lalu.

“Dewan Pemuda PAS Negeri mahu Dr Mansor aktif melaksanakan program kemasyarakatan selari dengan kemahuan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Bukan apa kita tidak mahu kes lepas berulang pada Adun baru,” tegasnya.

Bagi merapatkan lagi ukhwah sesama gabungan Pakatan Rakyat tambahnya, Dr Mansor boleh mengerakkan aktiviti atau kerap mengadakan mesyuarat bersama supaya tidak wujud pertelingkahan yang boleh memecah belahkan perpaduan yang telah dibina, katanya.

Beliau juga tidak lepas peluang mengucapkan terima kasih pada jentera pemuda PAS dan Pasukan Unit Amal Negeri Pulau Pinang kerana bekerja dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan kemenangan pada 31 Mei lepas.

“Dewan Pemuda juga berharap jalinan kerjasama itu diteruskan dan jangan terhenti di pertengahan jalan. Bila terhenti Barisan Nasional (BN) akan bersorak keriangan,” katanya. – mns_

harakahdaily : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021049&Itemid=100

Advertisements

About ustazyusni

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: